LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PORT DICKSON 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PORT DICKSON 2017

Program Lawatan Sambil Belajar ke Port Dickson telah diadakan pada 14 November 2017 bersamaan dengan hari Sabtu. Seramai 33 orang murid Tahap 2 dan 4 orang Guru Pengiring telah menyertai lawatan ini. Pelbagai tempat dan aktiviti dijalankan sepanjang lawatan ini. Semoga lawatan ini memberi pelbagai manfaat kepada semua peserta. Antara tempat yang dilawati adalah Balai Cerap Teluk Kemang, Funny House, 3D Live House dan Bazaar Batu 4. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 7.45 pagi dan kembali pada jam 10.00…

Read More Read More

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2017

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2017

Program Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan di SK Palong 9 (F) pada 10 dan 11 November 2017. Program ini telah dijalankan di bawah kelolaan Unit KoKurikulum dan melibatkan 70 orang peserta dari murid Tahap 2. Program ini bertujuan untuk menyemai sikap dan kewibawaan peserta dalam mengharungi segala aktiviti secara berkumpulan yang dikelolakan oleh pihak urusetia demi meningkatkan keterlibatan murid-murid khasnya dalam bidang kokurikulum. Semoga program ini mendatangkan manfaat yang baik kepada semua peserta yang menyertai.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 17 Mei 2017 (Rabu). Kem ini bermula pada seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.10 petang (Tahap 1) dan 2.10 petang (Tahap 2). Berdasarkan ketetapan mesyuarat pada minggu lalu, kesemua guru telah diberi tugas dan jadual untuk melaksanakan kem ini dengan jayanya. Berikut merupakan beberapa topik yang terlibat dalam Kem Bestari Solat ini: Bacaan niat solat fardu (Subuh sehingga Isyak) Bacaan dalam solat Bacaan wirid Bacaan doa-doa…

Read More Read More

SAMBUTAN HARI GURU SKP9 2017

SAMBUTAN HARI GURU SKP9 2017

Tanggal 16 Mei 2017, Sambutan Hari Guru 2017 telah dilaksanakan di Sek. Keb. Palong 9 (F) dengan jayanya. Sambutan ini bermula pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ucapan perutusan Ketua Pengarah KPM dan Menteri Pendidikan, sukaneka di kalangan guru dan staf sokongan, persembahan oleh guru dan murid, pemotongan kek, penyampaian hadiah dan juga pertukaran hadiah. Suasana sambutan Hari Guru pada kali ini diserikan lagi dengan tema “Kalau Aku Bukan Guru” untuk guru lelaki dan “Padang Pasir” untuk…

Read More Read More