Browsed by
Category: Uncategorized

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PORT DICKSON 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PORT DICKSON 2017

Program Lawatan Sambil Belajar ke Port Dickson telah diadakan pada 14 November 2017 bersamaan dengan hari Sabtu. Seramai 33 orang murid Tahap 2 dan 4 orang Guru Pengiring telah menyertai lawatan ini. Pelbagai tempat dan aktiviti dijalankan sepanjang lawatan ini. Semoga lawatan ini memberi pelbagai manfaat kepada semua peserta. Antara tempat yang dilawati adalah Balai Cerap Teluk Kemang, Funny House, 3D Live House dan Bazaar Batu 4. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 7.45 pagi dan kembali pada jam 10.00 malam. 

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2017

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2017

Program Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan di SK Palong 9 (F) pada 10 dan 11 November 2017. Program ini telah dijalankan di bawah kelolaan Unit KoKurikulum dan melibatkan 70 orang peserta dari murid Tahap 2. Program ini bertujuan untuk menyemai sikap dan kewibawaan peserta dalam mengharungi segala aktiviti secara berkumpulan yang dikelolakan oleh pihak urusetia demi meningkatkan keterlibatan murid-murid khasnya dalam bidang kokurikulum. Semoga program ini mendatangkan manfaat yang baik kepada semua peserta yang menyertai.

HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2017

HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2017

Hari Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2017 telah dijalankan dengan jayanya. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Palong 9 (F). Ramai ibubapa dan penjaga murid-murid hadir untuk tujuan pendaftaran anak jagaan mereka pada hari ini. Guru-guru bertungkus-lumus menjalankan pendaftaran sebaiknya agar murid-murid baru ini berjaya didaftarkan ke dalam sekolah. Usai pendaftaran, ibubapa dan penjaga mendengar taklimat daripada pihak pentadbir sekolah dan seterusnya melibatkan diri dalam Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa dan Penjaga sebagai tentatif kemuncak pada hari ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.