Browsed by
Category: KURIKULUM

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 17 Mei 2017 (Rabu). Kem ini bermula pada seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.10 petang (Tahap 1) dan 2.10 petang (Tahap 2). Berdasarkan ketetapan mesyuarat pada minggu lalu, kesemua guru telah diberi tugas dan jadual untuk melaksanakan kem ini dengan jayanya. Berikut merupakan beberapa topik yang terlibat dalam Kem Bestari Solat ini:

  • Bacaan niat solat fardu (Subuh sehingga Isyak)
  • Bacaan dalam solat
  • Bacaan wirid
  • Bacaan doa-doa berkaitan
  • Pengambilan wuduk
  • Solat jenazah
  • Tayammum
  • Kepentingan Solat
  • Amali solat

Penglibatan murid-murid dalam kem ini adalah sangat baik dan menggalakkan. Kem Bestari Solat ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama para guru dalam mengendalikan tugas mereka dengan baik. Diharap agar murid-murid mendapat manfaat dalam mempelajari solat dan mengamalkannya sehingga akhir hayat.

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

Satu program dinamakan Program Perkampungan Ilmu Tahun 6 2017 telah diadakan pada 6 Mei 2017 bersamaan hari Sabtu bertempat di SK Palong 9 (F).

Program ini telah diadakan sebagai inisiatif pihak sekolah dalam memangkin perkembangan akademik murid-murid khasnya calon-calon peperiksaam UPSR tahun ini untuk lebih bersedia lagi.

Seramai 4 orang guru telah dijemput sebagai penceramah bagi setiap sesi sepanjang program ini dilaksanakan iaitu:

  • Bahasa Melayu: Cikgu Mokhtar (SK Raja Alias 3)
  • Bahasa Inggeris: Teacher Azian (SK Palong 4 F)
  • Matematik : Cikgu Shukor (SK Palong 8)
  • Sains : Cikgu Faris

Program ini dilaksanakan dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam dengan jayanya.

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kaunseling, barisan penceramah, AJK guru pelaksana dan murid-murid atas kelangsungan program yang bermakna seperti ini. Diharap agar calon-calon UPSR 2017 dapat menimba ilmu pengetahun sebaik mungkin sebagai persediaan menjelang peperiksaan UPSR kelak. SKP9 terus maju!

 

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid hadir dengan penuh semangat untuk menimba ilmu menuju kejayaan. Tidak ketinggalan guru-guru yang penuh dedikasi untuk mendidik anak bangsa negara Malaysia pada hari ini. Semoga sesi persekolahan tahun 2017 berjalan dengan lancar mengikut takwim dan perancangan sekolah sebaiknya.

 

 

Selamat menjawab anakanda ku…

Selamat menjawab anakanda ku…

2014-07-22 08 2014-07-22 081

Peperiksaan Percubaan UPSR telah bermula hari ini, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435 H.

Peperiksaan akan berlangsung sehingga hari khamis bertempat di Dewan SK Palong 9.

Selamat menjawab peperiksaan diucapkan kepada semua calon Tahun 6. Sesungguhnya iringan doa tidak putus-putus dipanjatkan ke hadrat yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusan menjawab seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Kami warga pendidik mengharapkan agar semua calon lulus dengan gemilang dan mampu menjadikannya sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar.