Browsed by
Category: KOKURIKULUM

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 17 Mei 2017 (Rabu). Kem ini bermula pada seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.10 petang (Tahap 1) dan 2.10 petang (Tahap 2). Berdasarkan ketetapan mesyuarat pada minggu lalu, kesemua guru telah diberi tugas dan jadual untuk melaksanakan kem ini dengan jayanya. Berikut merupakan beberapa topik yang terlibat dalam Kem Bestari Solat ini:

  • Bacaan niat solat fardu (Subuh sehingga Isyak)
  • Bacaan dalam solat
  • Bacaan wirid
  • Bacaan doa-doa berkaitan
  • Pengambilan wuduk
  • Solat jenazah
  • Tayammum
  • Kepentingan Solat
  • Amali solat

Penglibatan murid-murid dalam kem ini adalah sangat baik dan menggalakkan. Kem Bestari Solat ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama para guru dalam mengendalikan tugas mereka dengan baik. Diharap agar murid-murid mendapat manfaat dalam mempelajari solat dan mengamalkannya sehingga akhir hayat.

PERASMIAN PROGRAM PINGGAN SIHAT MALAYSIA 2017

PERASMIAN PROGRAM PINGGAN SIHAT MALAYSIA 2017

Pada 8 Mei 2017 (Isnin) telah diadakan perasmian Program Pinggan Sihat Malaysia 2017 di bawah kelolaan Kelab Doktor Muda. Menurut penyelaras program, Puan Salmi bt Salleh, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid SK Palong 9 (F) khasnya dalam pengambilan pemakanan yang seimbang dalam sepinggan sajian. Konsep #sukusukuseparuh yang diterapkan dalam program ini memberi gambaran agar keperluan makanan perlu diambil kira dalam kuantiti yang sederhana iaitu:

  • Suku pertama: nasi, bijirin, roti, mee dan ubi
  • Suku kedua: daging, ikan, ayam dan sumber protein yang lain
  • Separuh pinggan: buah-buahan dan sayur-sayuran

Selain itu, program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup yang sihat demi mengurangkan kadar obesiti yang semakin menular di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia. Akhir sekali, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Asmi bin Lamin pada jam 8.45 pagi di Dewan Rafllesia SKp9 dengan jayanya. Diharap agar semua murid mendapat manfaat yang baik daripada program yang bermakna ini.

KARNIVAL BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2017

KARNIVAL BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2017

Karnival ini telah diadakan di SK Jempol pada 27 April 2017 bersamaan hari Khamis. SK Palong 9 (F) telah menghantar penyertaan murid seramai 10 orang. Pelbagai pertandingan telah dijalankan pada karnival ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pemenang dan penyertaan murid-murid serta komitmen guru-guru dalam membawa murid-murid ini ke karnival besar seperti ini. Semoga SK Palong 9 (F) terus maju.

Pertandingan SAHIBBA Peringkat Sekolah Rendah Daerah Jempol 2017.

Pertandingan SAHIBBA Peringkat Sekolah Rendah Daerah Jempol 2017.

Pada 19 April 2017, Pertandingan SAHIBBA Peringkat Sekolah Rendah Daerah Jempol 2017 telah diadakan di Sek. Keb. Palong 9 (F). Pertandingan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Semua aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

Kemasukan markah dan saringan pusingan.

Pengacara Majlis