Browsed by
Category: PIBG

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

Satu program dinamakan Program Perkampungan Ilmu Tahun 6 2017 telah diadakan pada 6 Mei 2017 bersamaan hari Sabtu bertempat di SK Palong 9 (F).

Program ini telah diadakan sebagai inisiatif pihak sekolah dalam memangkin perkembangan akademik murid-murid khasnya calon-calon peperiksaam UPSR tahun ini untuk lebih bersedia lagi.

Seramai 4 orang guru telah dijemput sebagai penceramah bagi setiap sesi sepanjang program ini dilaksanakan iaitu:

  • Bahasa Melayu: Cikgu Mokhtar (SK Raja Alias 3)
  • Bahasa Inggeris: Teacher Azian (SK Palong 4 F)
  • Matematik : Cikgu Shukor (SK Palong 8)
  • Sains : Cikgu Faris

Program ini dilaksanakan dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam dengan jayanya.

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kaunseling, barisan penceramah, AJK guru pelaksana dan murid-murid atas kelangsungan program yang bermakna seperti ini. Diharap agar calon-calon UPSR 2017 dapat menimba ilmu pengetahun sebaik mungkin sebagai persediaan menjelang peperiksaan UPSR kelak. SKP9 terus maju!

 

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid hadir dengan penuh semangat untuk menimba ilmu menuju kejayaan. Tidak ketinggalan guru-guru yang penuh dedikasi untuk mendidik anak bangsa negara Malaysia pada hari ini. Semoga sesi persekolahan tahun 2017 berjalan dengan lancar mengikut takwim dan perancangan sekolah sebaiknya.

 

 

Hilangnya Permata Palong 9

Hilangnya Permata Palong 9

ihl

IMG-20140904-WA0016j

Pada Disember yang lalu, sekolah dikejutan lagi dengan berita perpindahan dua orang guru di sekolah ini. Guru yang telah lama menabur bakti dan mendidik anak-anak di kawasan Palong ini akan meninggalkan sekolah untuk memulai hidup yang baharu di sekolah yang lain bermula pada Januari 2015.

Dua orang guru ini ialah Cikgu Fakhrulrazi dan juga Cikgu Aiman. Cikgu Fakhrulrazi akan berpindah ke Sk Batu Kikir manakala Cikgu Mohd Aiman pula akan bertugas di Sk Amar Penghulu.

Cikgu Fakhrulrazi atau lebih dikenali sebagi Cikgu Abu merupakan guru senior di sekolah ini. Beliau telah mengajar di sekolah ini selama 13 tahun. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah berkat kerajinan dan usaha berliau.

Cikgu Mohd Aiman pula telah mengajar di sekolah ini selama dua tahun. Beliau merupakan guru yang sangat berpengalaman dalam bidang matematik dan sering menjadi pakar rujuk di sekolah ini.

Kedua-dua orang guru ini juga  dikenali oleh murid-murid sebagai guru yang berdedikasi, berdisiplin dan guru yang mudah didekati. Mereka juga sangat ramah dan sering membuatkan rakan-rakan guru dan murid-murid tidak kering gusi dengan telatah mereka. Pasti, kelak SKP9 akan merindui gelagat mereka.

Diharapkan, semoga Cikgu Fakhrulrazi dan juga Cikgu Mohd Aiman akan sentiasa mengingati warga SKP9 dan SKP9 mendoakan supaya cikgu berjaya di tempat bertugas yang baharu.

‘..Perpisahan adat kehidupan..’

‘..Perpisahan adat kehidupan..’

PUAN NOOR AMIRLIA BT ABDUL RAHIM
PUAN NOOR AMIRLIA BT ABDUL RAHIM
PUAN NORHAYATI BT AHMAD
PUAN NORHAYATI BT AHMAD

“Sesungguhnya, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan”

Begitulah kata Pujangga yang selalu kita dengar menggambarkan kepada manusia bahawa setiap perkara yang bermula dengan pertemuan pasti akan ada perpisahan walau kita tidak tahu berapa lama masanya.

Seluruh warga SK Palong 9 telah mendapat berita perpindahan 2 insan yang banyak menyumbang kepada kemajuan sekolah samaada dari segi pengurusan ataupun akademik. Seorang guru yang sangat aktif dalam bidang Kokurikulum sehingga pernah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dalam acara bola tampar, Cikgu Noramirlia, telah menyatakan perpindahannya ke sebuah sekolah di negeri kelahirannya iaitu Pulau Pinang amat menyedihkan.

Ditambah pula dengan perpindahan seorang lagi kakitangan sokongan bukan akademik, Puan Nor Haryati ke SK Palong 5 meninggalkan kenangan yang cukup manis kepada kami sebagai sebuah ‘keluarga besar’. Oleh itu, satu majlis perpisahan anjuran Kelab Guru telah diadakan. Walaupun berat hati ini melepaskan mereka berdua, namun perjuangan untuk berkhidmat kepada bangsa perlu diteruskan biarpun apa sahaja bidangnya.

Bagi Cikgu Noramirlia, kami mendoakan agar cikgu akan terus menabur bakti mendidik anak bangsa walau di mana sahaja berada. Begitu juga dengan Puan Nor Haryati yang begitu banyak berjasa dalam bidang pengurusan sekolah. Kami berdoa agar puan akan dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan walau di mana sahaja berada.

Walaupun kita berpisah di mata, namun dihati akan tetap terus mengabadikan kenangan bersama, suka duka, pahit manis dan semoga Cikgu Noramirlia dan Puan Nor Haryati tidak akan melupakan kami di sini.

.

JUMPA PAGI CIKGU!!!

Gotong-royong Melukis Mural

Gotong-royong Melukis Mural

edit 11

Satu gotong-royong perdana melukis mural telah diadakan oleh semua kakitangan akademik SK Palong 9. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk mencantikkan kawasan sekolah dengan lukisan-lukisan bermakna yang menggambarkan aspirasi sekolah sebagai tempat pendidikan kepada murid.

Guru-guru telah dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan lima kawasan yang akan dilukisan mural. Pada masa yang sama, kesemua guru telah berusaha dengan jayanya melukis mural dan menunjukkan bakat lukisan yang tersendiri.

Lukisan yang telah ditetapkan pula adalah berunsurkan pengajaran, ilmu, akhlak serta tema SK Palong 9. Semoga dengan adanya mural ini mampu mencantikkan kawasan sekolah dan menjadikannya ceria serta murid-murid mendapat manfaat dan ilmu daripada mural yang dibuat.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Palong 9 (F) pada tahun ini telah diadakan pada 16 Mei 2014. Antara tujuan sambutan hari guru setiap tahun adalah bagi memperingati jasa seorang insan bergelar guru yang berpenat lelah mendidik anak bangsa mencapai kejayaan. Memetik bait-bait sajak karang Usman Awang bertajuk ‘Guru oh Guru’ :

“…Jika hari siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca…”

Begitulah mulianya seorang guru yang bertindak sebagai seorang yang memanusiakan manusia.

Sambutan hari guru kali ini disambut meriah oleh semua warga SK Palong 9. Tarikh 16 Mei setiap tahun sudah pasti diingati setiap tahun sebagai tarikh keramat bagi guru. Dengan bertemakan Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, majlis kali ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, Encik Muhd Taufik Bin Awap.

Puan Hajah Rosnah bt Mahat membacakan ucapan daripada Menteri Pelajaran

Majlis dimulakan dengan pembacaan perutusan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rosna. Selepas itu, guru besar telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Dalam ucapannya, guru besar telah mengingatkan para murid bahawa guru terlalu banyak berjasa kepada mereka. Oleh itu, mereka harus membalasnya dengan cara mencapai kejayaan dalam hidup.

Pada masa yang sama, para guru juga telah membuat satu ikrar untuk mematri janji mengajar murid dengan bersungguh-sungguh. Selepas itu pula, para guru telah menyampaikan dua buah lagu bertajuk Guru Malaysia dan Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.

PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH
PERSEMBAHAN MURID-MURID TAHUN 5
PERSEMBAHAN MURID-MURID TAHUN 6

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan murid. Pada kali ini, murid telah berjaya menginterpretasi kasih sayang mereka kepada para guru melalui persembahan yang ditunjukkan. Sesungguhnya para guru sangat terharu dan kagum dengan persembahan yang diberikan menunjukkan bahawa mereka betul-betul ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah mendidik mereka.

MURID-MURID BERSEDIA MEMBERIKAN HADIAH KEPADA GURU-GURU

Murid lain juga sangat teruja menonton persembahan yang telah diberikan. Majlis seterusnya menyaksikan para guru telah bertukar-tukar hadiah sesama mereka dan hal ini menambahkan lagi kegembiraan di hari yang penuh bermakna ini.

HADIAH GURU-GURU

Kemuncak kepada sambutan hari guru ini ialah perlawanan bola tampar yang telah diadakan sesama para guru. Perlawanan yang disaksikan oleh para murid ini telah mendapat sorakan istimewa dari para murid yang menyokong pasukan kegemaran masing-masing.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh guru besar dan seterusnya acara memotong kek diadakan. Sesungguhnya, sambutan hari guru setiap tahun bukan semata-mata sambutan kosong, tetapi adalah sebagai satu platfom menghargai jasa guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada murid.

Semoga jasa guru tidak kita lupakan.