Browsed by
Category: SEKOLAH

SAMBUTAN HARI GURU SKP9 2017

SAMBUTAN HARI GURU SKP9 2017

Tanggal 16 Mei 2017, Sambutan Hari Guru 2017 telah dilaksanakan di Sek. Keb. Palong 9 (F) dengan jayanya. Sambutan ini bermula pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ucapan perutusan Ketua Pengarah KPM dan Menteri Pendidikan, sukaneka di kalangan guru dan staf sokongan, persembahan oleh guru dan murid, pemotongan kek, penyampaian hadiah dan juga pertukaran hadiah.

Suasana sambutan Hari Guru pada kali ini diserikan lagi dengan tema “Kalau Aku Bukan Guru” untuk guru lelaki dan “Padang Pasir” untuk guru perempuan. Murid-murid memberi galakan dan sokongan serta ucapan beserta hadiah kepada guru-guru mereka. Kesemua guru yang diraikan berasa sangat seronok pada sambutan kali ini.

Sesuai dengan tema Sambutan Hari Guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”, Hari Guru merupakan suatu platform di mana pendidik-pendidik diraikan di atas sumbangan mereka dalam mendidik anak bangsa demi mencapai kejayaan dan kemajuan negara. Jesteru itu, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan hari yang bermakna ini. Semoga guru-guru tabah dan bersemangat dalam bidang pendidikan demi kemajuan negara kita.

Selamat Hari Guru!

Ketibaan tetamu kehormat dan jemputan
Sesi ucapan dan perutusan KPM
Nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” dan “Guru Pembina Negara Bangsa”
Sesi pemotongan kek
Sesi pemberian hadiah dari anak murid kepada guru-guru
Sukaneka ping-pong
Antara persembahan guru
Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka
Sesi pemotongan kek
Meraikan hari lahir guru/staf dari bulan Januari – Mei
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah dan pemberian cenderamata kepada YDP PIBG SKP9
LDP vle frog Peringkat Sekolah

LDP vle frog Peringkat Sekolah

IMG-20140824-WA0000IMG-20140821-WA0022... IMG-20140824-WA0001IMG-20140821-WA0014 (1)(......)

 

 

IMG-20140821-WA0021 (....)

Tarikh : 21 Ogos 2014

Tempat : Makmal Komputer SK Palong 9

Penceramah : Encik Mohd Taufik Bin Awap (Guru Besar SK Palong 9

 

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berkenaan vle frogĀ telah diadakan bertujuan meningkatkan penggunaanya dalam kalangan guru dan murid. Dalam masa yang sama, guru besar selaku penceramah telha menunjukkan beberapa cara mudah mengendalikan vle frog seperti membuat site dan menambah pautan di dashboard setiap guru.

Melalui vle frog ini, guru lebih mudah memberi dan menyalurkan maklumat kepada murid seterusnya memanfaatkan jalur lebar yang telah diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya.

Hampir semua guru hadir dalam taklimat ini.

vle frog bagi SK Palong 9 dikendalikan oleh 3 orang guru yang bertindak sebagai admin iaitu Encik Muhd Taufik, Encik Muhammad Zaki dan Puan Shalida. Semoga laman ini memberi manfaat yang besar kepada guru dan murid.

 

 

MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

PESERTA KHATAM
PESERTA KHATAM

 

TARIKH : 15 OGOSĀ  2014

TEMPAT : DEWAN REFLESIA SK PALONG 9

PERASMI : EN. ISMAIL B HUSSIEN

PENOLONG PPD J-QAF, PPD DAERAH JEMPOL JELEBU

 

MAJLIS KHATAM INI MERUPAKAN MAJLIS YANG MENGABUNGKAN SELURUH SEKOLAH DI SELURUH DAERAH JEMPOL DAN JUGA JELEBU.

SEBANYAK 35 SEKOLAH TELAH MNEGAMBIL BAHAGIAN DALAM MAJLIS YANG PENUH BARAKAH INI.

MAJLIS IN JUGA DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN PENOLONG PPD J-QAF DAERAH JEMPOL DAN JELEBU. TUAN ISMAIL B HUSSAIN.

DIHARAPKAN MAJLIS INI AKAN DIADAKAN LAGI PADA TAHUN HADAPAN.

TETAMU JEMPUTAN
PESERTA KHATAM
PESERTA KHATAM
IMG-20140815-WA0006
PESERTA KHATAM

 

PENGERUSI MAJLIS
PENGERUSI MAJLIS
Kembali Ke Sekolah

Kembali Ke Sekolah

 

edit 17

Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan guru-guru beserta murid-murid dapat kembali ke sekolah semula setelah bercuti hampir 3 minggu lamanya. Sesungguhnya, kembalinya semua warga SK Palong 9 ke sekolah pada hari Isnin, 16 Jun 2014 membawa semangat yang baru dan kekuatan yang lebih utuh untuk membawa diri menuju ke gerbang kejayaan yang lebih baik.

 

Seawal 7.45 pagi, loceng dibunyikan menandakan perhimpunan rasmi kali pertama bagi semester kedua persekolahan sudah bermula. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis dan seterusnya ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para guru yang terlibat.

edit 16

Para murid dilihat begitu bersemangat memulakan sesi persekolahan semester kedua ini. Hal ini ditambah lagi dengan kata-kata semangat yang telah disampaikan oleh Guru Besar, Encik Muhd Taufik Bin Awap yang menyatakan bahawa murid-murid perlu lebih bertenaga dan bersemangat untuk mencapai kejayaan terutamanya kepada murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak berapa lama lagi.

Semoga dengan semangat baru ini mampu memberi inspirasi kepada semua warga SK Palong 9 dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah untuk melahirkan murid yang bersahsiah tinggi, berketrampilan serta seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

‘ILMU, WIRA, NEGARA’