Browsed by
Month: May 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 17 Mei 2017 (Rabu). Kem ini bermula pada seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.10 petang (Tahap 1) dan 2.10 petang (Tahap 2). Berdasarkan ketetapan mesyuarat pada minggu lalu, kesemua guru telah diberi tugas dan jadual untuk melaksanakan kem ini dengan jayanya. Berikut merupakan beberapa topik yang terlibat dalam Kem Bestari Solat ini:

  • Bacaan niat solat fardu (Subuh sehingga Isyak)
  • Bacaan dalam solat
  • Bacaan wirid
  • Bacaan doa-doa berkaitan
  • Pengambilan wuduk
  • Solat jenazah
  • Tayammum
  • Kepentingan Solat
  • Amali solat

Penglibatan murid-murid dalam kem ini adalah sangat baik dan menggalakkan. Kem Bestari Solat ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama para guru dalam mengendalikan tugas mereka dengan baik. Diharap agar murid-murid mendapat manfaat dalam mempelajari solat dan mengamalkannya sehingga akhir hayat.

SAMBUTAN HARI GURU SKP9 2017

SAMBUTAN HARI GURU SKP9 2017

Tanggal 16 Mei 2017, Sambutan Hari Guru 2017 telah dilaksanakan di Sek. Keb. Palong 9 (F) dengan jayanya. Sambutan ini bermula pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ucapan perutusan Ketua Pengarah KPM dan Menteri Pendidikan, sukaneka di kalangan guru dan staf sokongan, persembahan oleh guru dan murid, pemotongan kek, penyampaian hadiah dan juga pertukaran hadiah.

Suasana sambutan Hari Guru pada kali ini diserikan lagi dengan tema “Kalau Aku Bukan Guru” untuk guru lelaki dan “Padang Pasir” untuk guru perempuan. Murid-murid memberi galakan dan sokongan serta ucapan beserta hadiah kepada guru-guru mereka. Kesemua guru yang diraikan berasa sangat seronok pada sambutan kali ini.

Sesuai dengan tema Sambutan Hari Guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”, Hari Guru merupakan suatu platform di mana pendidik-pendidik diraikan di atas sumbangan mereka dalam mendidik anak bangsa demi mencapai kejayaan dan kemajuan negara. Jesteru itu, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan hari yang bermakna ini. Semoga guru-guru tabah dan bersemangat dalam bidang pendidikan demi kemajuan negara kita.

Selamat Hari Guru!

Ketibaan tetamu kehormat dan jemputan
Sesi ucapan dan perutusan KPM
Nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” dan “Guru Pembina Negara Bangsa”
Sesi pemotongan kek
Sesi pemberian hadiah dari anak murid kepada guru-guru
Sukaneka ping-pong
Antara persembahan guru
Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka
Sesi pemotongan kek
Meraikan hari lahir guru/staf dari bulan Januari – Mei
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah dan pemberian cenderamata kepada YDP PIBG SKP9
PERASMIAN PROGRAM PINGGAN SIHAT MALAYSIA 2017

PERASMIAN PROGRAM PINGGAN SIHAT MALAYSIA 2017

Pada 8 Mei 2017 (Isnin) telah diadakan perasmian Program Pinggan Sihat Malaysia 2017 di bawah kelolaan Kelab Doktor Muda. Menurut penyelaras program, Puan Salmi bt Salleh, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid SK Palong 9 (F) khasnya dalam pengambilan pemakanan yang seimbang dalam sepinggan sajian. Konsep #sukusukuseparuh yang diterapkan dalam program ini memberi gambaran agar keperluan makanan perlu diambil kira dalam kuantiti yang sederhana iaitu:

  • Suku pertama: nasi, bijirin, roti, mee dan ubi
  • Suku kedua: daging, ikan, ayam dan sumber protein yang lain
  • Separuh pinggan: buah-buahan dan sayur-sayuran

Selain itu, program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup yang sihat demi mengurangkan kadar obesiti yang semakin menular di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia. Akhir sekali, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Asmi bin Lamin pada jam 8.45 pagi di Dewan Rafllesia SKp9 dengan jayanya. Diharap agar semua murid mendapat manfaat yang baik daripada program yang bermakna ini.

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

Satu program dinamakan Program Perkampungan Ilmu Tahun 6 2017 telah diadakan pada 6 Mei 2017 bersamaan hari Sabtu bertempat di SK Palong 9 (F).

Program ini telah diadakan sebagai inisiatif pihak sekolah dalam memangkin perkembangan akademik murid-murid khasnya calon-calon peperiksaam UPSR tahun ini untuk lebih bersedia lagi.

Seramai 4 orang guru telah dijemput sebagai penceramah bagi setiap sesi sepanjang program ini dilaksanakan iaitu:

  • Bahasa Melayu: Cikgu Mokhtar (SK Raja Alias 3)
  • Bahasa Inggeris: Teacher Azian (SK Palong 4 F)
  • Matematik : Cikgu Shukor (SK Palong 8)
  • Sains : Cikgu Faris

Program ini dilaksanakan dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam dengan jayanya.

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kaunseling, barisan penceramah, AJK guru pelaksana dan murid-murid atas kelangsungan program yang bermakna seperti ini. Diharap agar calon-calon UPSR 2017 dapat menimba ilmu pengetahun sebaik mungkin sebagai persediaan menjelang peperiksaan UPSR kelak. SKP9 terus maju!