Browsed by
Month: January 2018

MESYUARAT AGUNG SUB-SUB UNIT KOKURIKULUM 2018

MESYUARAT AGUNG SUB-SUB UNIT KOKURIKULUM 2018

Beberapa siri mesyuarat agung telah diadakan di awal bulan Januari ini oleh pelbagai unit beruniform, kelab dan persatuan yang berada di bawah kelolaan Unit Kokurikulum. Sesi pembubaran AJK tahun lepas dan perlantikan AJK baharu telah berlangsung. Murid-murid terlibat secara langsung dalam aktiviti ini selain menunjukkan minat yang tinggi dalam setiap unit kokurikulum yang disertai. Diharap agar semua mereka dapat memberi kerjasama yang terbaik dalam melibatkan diri ke dalam semua aktiviti Kokurikulum demi merealisasikan aspirasi KPM dalam pendidikan negara.

PERMAINAN SEPAK TAKRAW
PERMAINAN CATUR
PERMAINAN BOLA SEPAK

KELAB BAHASA

KELAB SAINS & MATEMATIK

PASUKAN SEPAK TAKRAW
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

2 Januari 2018 merupakan tarikh penting di dalam kalendar persekolahan tahun ini kerana ia adalah hari pertama murid-murid ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran mereka pada tahun ini. Di SKP9, ia berlangsung dengan jayanya. Kehadiran ibubapa menemani anak-anak mereka ke sekolah walaupun cuaca hujan tidak mematahkan semangat mereka demi masa depan anak-anak. Majlis Perhimpunan Rasmi kali pertama 2018 telah dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi, bacaan ikrar, dan taklimat oleh wakil PPDJJ, NYDP PIBG,barisan pentadbir SKP9. Usai perhimpunan, sesi PdPc telah dijalankan seperti yang dirancang. Pihak SKP9 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada hari ini. Semoga kita semua peroleh keberkatan dari-Nya.

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH & TAHUN 1 2018

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH & TAHUN 1 2018

Program ini telah diadakan pada 29 Disember 2017 bersamaan hari Jumaat. Semua guru terutamanya guru kelas dibantu pihak pentadbir telah bertungkus lumus memastikan perjalanan pendaftaran murid ini berlangsung dengan jayanya. Semua ibubapa dan penjaga juga telah memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang program ini. Murid-murid prasekolah dan Tahun 1 nampak bersemangat untuk bersekolah. Semoga kita semua peroleh keberkatan dan manfaat hendaknya.

Takwim Penggal & Cuti Persekolahan 2018

Takwim Penggal & Cuti Persekolahan 2018

Assalamualaikum w.b.t.

Salam hormat daripada meja pengarang.

Selamat Tahun Baru 2018 kepada pelawat sekalian. Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya dan kini 2018 akan dihiasi dengan pelbagai aktiviti dan program yang bermakna di SK Palong 9 (F). Justeru itu, mari kita jenguk Takwim Penggal & Cuti Persekolahan yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada seluruh sekolah di Malaysia bagi tahun ini. Untuk pengetahuan pembaca, SKP9 adalah di dalam Kumpulan B. Anda semua boleh muat turun (download) dan rujuk file .pdf yang tersedia pada post kali ini.

Semoga tahun 2018 ini penuh dengan keberkatan dan bermakna buat kita semua.

*Muat turun file di bawah ini:

SPI BIL. 10.2017