Hargai Masa Lapang Kita

Hargai Masa Lapang Kita

SEKOLAHKU, SYURGAKU
SEKOLAHKU, SYURGAKU

Cuti persekolahan ini merupakan masa yang paling tepat untuk berehat, bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang khususnya bagi pelajar yang tinggal di asrama. Mungkin ada ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik atau pulang ke kampung menziarahi saudara-mara.

Bagi para pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun hadapan, cuti sekolah ini adalah peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Para pelajar boleh menubuhan kumpulan belajar bersama rakan atau study group. Banyak faedah apabila belajar secara berkumpulan. Antaranya ialah boleh berkongsi idea dan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah dibincangkan.

Para pelajar boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya. Selain itu, para pelajar boleh melayari internet untuk perkara-perkara yang bermanfaat.

Para pelajar perlu menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game atau duduk didepan skrin komputer atau gajet dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri sendiri.

Comments are closed.