PERASMIAN PROGRAM PINGGAN SIHAT MALAYSIA 2017

PERASMIAN PROGRAM PINGGAN SIHAT MALAYSIA 2017

Pada 8 Mei 2017 (Isnin) telah diadakan perasmian Program Pinggan Sihat Malaysia 2017 di bawah kelolaan Kelab Doktor Muda. Menurut penyelaras program, Puan Salmi bt Salleh, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid SK Palong 9 (F) khasnya dalam pengambilan pemakanan yang seimbang dalam sepinggan sajian. Konsep #sukusukuseparuh yang diterapkan dalam program ini memberi gambaran¬†agar keperluan makanan perlu diambil kira dalam kuantiti yang sederhana iaitu: Suku pertama: nasi, bijirin, roti, mee dan ubi Suku kedua: daging, ikan, ayam dan…

Read More Read More

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6 2017

Satu program dinamakan Program Perkampungan Ilmu Tahun 6 2017 telah diadakan pada 6 Mei 2017 bersamaan hari Sabtu bertempat di SK Palong 9 (F). Program ini telah diadakan sebagai inisiatif pihak sekolah dalam memangkin perkembangan akademik murid-murid khasnya calon-calon peperiksaam UPSR tahun ini untuk lebih bersedia lagi. Seramai 4 orang guru telah dijemput sebagai penceramah bagi setiap sesi sepanjang program ini dilaksanakan iaitu: Bahasa Melayu: Cikgu Mokhtar (SK Raja Alias 3) Bahasa Inggeris: Teacher Azian (SK Palong 4 F) Matematik…

Read More Read More

KARNIVAL BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2017

KARNIVAL BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2017

Karnival ini telah diadakan di SK Jempol pada 27 April 2017 bersamaan hari Khamis. SK Palong 9 (F) telah menghantar penyertaan murid seramai 10 orang. Pelbagai pertandingan telah dijalankan pada karnival ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pemenang dan penyertaan murid-murid serta komitmen guru-guru dalam membawa murid-murid ini ke karnival besar seperti ini. Semoga SK Palong 9 (F) terus maju.

Pertandingan SAHIBBA Peringkat Sekolah Rendah Daerah Jempol 2017.

Pertandingan SAHIBBA Peringkat Sekolah Rendah Daerah Jempol 2017.

Pada 19 April 2017, Pertandingan SAHIBBA Peringkat Sekolah Rendah Daerah Jempol 2017 telah diadakan di Sek. Keb. Palong 9 (F). Pertandingan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Semua aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid hadir dengan penuh semangat untuk menimba ilmu menuju kejayaan. Tidak ketinggalan guru-guru yang penuh dedikasi untuk mendidik anak bangsa negara Malaysia pada hari ini. Semoga¬†sesi persekolahan tahun 2017 berjalan dengan lancar mengikut takwim dan perancangan sekolah sebaiknya.    

HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2017

HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2017

Hari Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2017 telah dijalankan dengan jayanya. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Palong 9 (F). Ramai ibubapa dan penjaga murid-murid hadir untuk tujuan pendaftaran anak jagaan mereka pada hari ini. Guru-guru bertungkus-lumus menjalankan pendaftaran sebaiknya agar murid-murid baru ini berjaya didaftarkan ke dalam sekolah. Usai pendaftaran, ibubapa dan penjaga mendengar taklimat daripada pihak pentadbir sekolah dan seterusnya melibatkan diri dalam Mesyuarat…

Read More Read More